15-03-2013 (Jam 04:22 P.M.)
Alhamdulillah.... syukur kepada Allah SWT, pada hari Rabu (13-03-2013) bertempat di Gelanggang Futsal Hurricane di Tanjong Malim, kami pelajar ISMP Geografi bersama Staff Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Geografi 2013.
Kehadiran pensyarah terutamanya Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Prof Dr Zainudin Othman, Ketua Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Dr Mazdi Marzuki, Penasihat Persatuan Geografi En Kamarul Ismail, penaja utama Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Dr Yazid Salleh, En Aizat, En Faiz dan mahasiswa ISMP Geografi semester 8, 6, 4 dan 2 sebagai tanda sokongan bahawa aktiviti merupakan satu permulaan yang tiada akhirnya dalam ikatan ukhawah bersama.
Kemenangan bukan satu ukuran, namun kerjasama, persefahaman dan ikatan persaudaraan itu lebih penting daripada segala-galanya. Datang dengan niat bersama demi suatu ikatan, pulang satu kepuasan yang tidak boleh dilupakan.
Tahniah kepada semua.... Kita buat lagi lain masa dan waktu...
Barisan Staff : Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri, En Aizat, En Faiz dan senior sem 8.
JUARA = Semester 4
Bersama En Kamarul dan Abg Amirul.
Baju Putih - Dekan FSK Prof Dr Zainudin Othman
Baju Hitam - Dr Yazid Salleh
Mereka datang sebagai tanda sokongan dan memeriahkan keadaan.
Senyuman menawan KJ Dr Mazdi Marzuki..huhuhuuu





Tahniah kepada semua atas kejayaan menlaksanakan perlawanan ini... :)
ReplyDeletesama-sama....pelajar perempuan pun boleh melakukan apa yang kami lakukan..yang paling penting, sama-sama hendak merapatkan hubungan silahturahim dengan cara yang betul...
Deletetaniah utk batch kite.. huhu hbt2
ReplyDeletesama-sama huhuhuu
Delete