Saturday, 16 March 2013

AKU ADALAH AKU.....

Bismillahirohmanirohim & Assalamualaikum W.B.T.

Syukur kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W. kerana masih mampu menikmati hidup sebagai seorang hamba kepada Pencipta. In shaa Allah. Pesan pada diri sendiri dan sesiapa yang membaca ruangan blog ini, marilah sama-sama kita dengan penuh yakin untuk bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T kerana "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Suka kira diingatkan lagi, marilah sama-sama melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T. In shaa Allah, kita yakin dan mahu "hidup dalam Islam, dan mati dalam Islam".

Kita aku sudah masuk tahun 2 pengajian di sebuah institut pengajian tinggi yang sudah melahirkan ramai pendidik agung negara walaupun tidak sesempurna Nabi Muhammad S.A.W iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tahun ke 2 di UPSI dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian bukan untuk kebanggaan pada diri, namun syukur kepada Allah S.W.T kerana rezeki itu tetap ada. Rezeki bukan sahaja wang, namun keputusan "1st Class" tiga semester berturut-turut itu juga rezeki daripada Allah S.W.T.

Tiada apa yang mampu aku menyingkap kisah hidup selama 2 tahun sudah di UPSI, aku bukan seorang penulis. Bicaraku selalu hilang ditelan kejahilan ilmu dalam diri. Aku adalah Aku. Begini untuk selamanya??? Bukan aku tidak mahu mencorak kisah yang lebih baik, hati tetap mahu menjadi yang baik dalam kalangan yang baik. Namun, perancangan Allah S.W.T itu lebih baik dan melebihi kemampuan insanNya.

Cukup di sini, aku buntu dan keliru. Antara mana satu yang mesti aku pilih sama ada terus berkhidmat menabur bakti dengan Persatuan Geografi yang mana aku adalah salah seorang aktivis Geografi dalam persatuan itu??? atau aku melepaskan sahaja tanggungjawab yang ada kepada orang lain dengan menjadi insan yang tanpa apa-apa jawatan??? Ya Allah, aku bukan gila dan tamak kuasa dan jawatan. Ampunkan aku dan mudahkan pilihanku.

Ya Allah, aku adalah aku iaitu hambaMu. Engkau Maha Mengetahui yang mana lebih baik kepada hambaMu ini.
Ya Allah, kuatkan imanku, kukuhkan jati diriku.
Ya Allah, sampaikan doa ku kepada keluargaku sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal.

Ya Allah, terima kasih... terima kasih.... terima kasih...

No comments:

Post a Comment