Saturday, 8 June 2013

MAHASISWA DAN BERORGANISASI

Bismillahirohmanirohim & Assalamualaikum W.B.T.

Pemilik nukilan ini berpesan kepada diri sendiri dan sahabat pemilik nukilan, marilah bersama untuk beriman, beramal dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa. Selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah SWT dan pemimpin agung dunia.

Meletakkan diri dalam keadaan hati dan jiwa hanya kepada Allah SWT melalui amalan, tindakan, perbuatan dan percakapan dengan menjaganya supaya tidak melanggar prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan nilai-nilai Islam itu sendiri sebagai umat Islam.

Melalui sistem pendidikan yang telah dirangka dengan sebegitu rupa untuk diterjemah dan dilaksanakan oleh mahasiswa dan barisan pendidik dengan gaya dan cara yang tersusun, sistematik dan terbaik. Melalui sistem pendidikan mengajar mahasiswa untuk terlibat dan aktif dalam mana-mana organisasi, kelompok, kelab dan sekretariat untuk menimba ilmu pengetahun, pengalaman, pengajaran, menyampaikan pemikiran dan meningkatkan nilai tambah dalam diri. Pendidikan tidak mengajar mahasiswa untuk hanya mengejar keputusan akademik semata-mata tetapi mestilah merangkumkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik (kukurikulum).

Peranan mahasiswa dalam penglibatan mereka dalam berorganisasi sangat penting untuk menyampai idea,  pemikiran, idealogi, pengalaman, pengetahun, menyelesaikan permasalahan dan keluar daripada kepompong atas kapasiti sebagai mahasiswa dalam kampus sahaja. Namun begitu, organisasi ini tidak mengajar mahasiswa untuk berkelakuan seperti seorang besar kepala, angkuh, sombong, gila kuasa, mendabik dada dengan sesuatu yang dilakukan tetapi ia memberikan pengajaran, pengalaman dan nilai tambah dalam jiwa dan hati mahasiswa untuk menjadi mahasiswa serba boleh.

Mahasiswa dalam organisasi tidak semestinya boleh melakukan sesuatu kehendak mereka sahaja sehingga melanggar ketertinggian pendidikan mereka itu sendiri dan merendahkan nilai-nilai murni. Mahasiswa mestilah bijak dan matang dalam bertindak untuk pergerakan organisasi. Mahasiswa mesti rasional dan matang tindakan organisasi mereka kerana mahasiswa dididik dan diasuh dengan ketertinggian dan kemuliaan pendidikan itu sendiri. Organisasi bukan menjadi peluang kepada mahasiswa untuk berkata "yes bos", memberikan arahan itu ini, menuding kesalahan kepada orang, bertindak di luar batasan moral dan kemasyarakatan, bertindak tidak adil jika mempunyai kuasa dan kedudukan, namun organisasi itu melatih mahasiswa untuk bersama dan bersatu hati dan jiwa untuk mencari titik persamaan dan meraikan titik perbezaan.

Mahasiswa dan organisasi ibarat diri dan bayang-bayang yang bergerak bersama dengan mengangkat peranan dan kepentingannya pendidikan melebihi kepentingan untuk mencari kepuasaan diri. Mahasiswa dan organisasi tidak boleh hanya bergerak dalam suatu kelompok kecil dan tertentu sahaja. Organisasi mestilah merangkumi keperluan dan kehendak mahasiswa dalam ruang dan limpahan kepentingan yang lebih luas dan menyeluruh. Organisasi tidak mengajar mahasiswa untuk berpuak-puak, menuding kesalahan dan kesilapan mutlak kepada orang lain, namun melalui organisasi mencarilah kebenaran, keadilan, kesaksamaan dan kemulian dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan berorganisasi sebagai suatu syarat untuk meninggikan keagungan diri dan menidakkan kepentingan bersama. Organisasi sebagai wadah pembentukan jiwa dan keperibadian diri.

No comments:

Post a Comment