Friday, 7 June 2013

MASAM MANIS DUNIA PENDIDIKAN : PANDANGAN SEORANG MAHASISWA

Bismillahirohmanirohim dan Assalamualaikum WBT.

Pemilik nukilan ini ingin mengajak semua sahabat pemilik nukilan supaya sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa dengan meletakkan asas iman dan amal kepada Allah SWT dalam sesuatu perkara yang dilakukan dalam kehidupan seorang hamba Allah SWT. Jangan lupa juga selawat ke atas jujungan agung Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung dan kekasih Allah SWT.

Pendidikan sangat penting dalam membentuk keperibadian, sahsiah, pengetahuan, pengalaman, didikan, dedikasi, amanah, tanggungjawab, kasih sayang, pertolongan, keadilan, kesaksamaan dan semua ruang lingkup yang merangkumi nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Pendidikan tidak boleh direndahkan melainkan perlu diangkat ketertinggian peranannya dalam sistem pendidikan dan kehidupan terutama sebagai anak bangsa dan bakal pendidik. Melalui pendidikan jugalah, ketertinggian martabat dan peranan seseorang mampu dilimpahkan dalam kehidupan bermasyarakat, namun perlulah diselitkan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada supaya rebakan implikasi pendidikan itu dapat dirasai secara sama rata. Pendidikan bukan sebagai suatu kebanggaan kepada sesiapa, tetapi jadikan pendidikan sebagai asas untuk membaiki kelemahan dan meningkatkan kemampuan diri dalam menghadapi dunia yang serba mungkin. Lantaran itu, liku-liku dunia pendidikan ini tidak boleh diketepikan daripada tempias akibat daripada perubahan pemikiran dan persepsi masyarakat terutama mahasiswa itu sendiri.

Pendidikan sebagai wadah kepada perubahan dan pencetus kepada agen-agen kebaikan, kekhilafan, kemaslahatan dan perbezaan pandangan yang diangkat sebagai suatu kebaikan dan diraikan sebagai suatu elemen masam manis dunia pendidikan. Hal ini demikian kerana, melalui perbezaan itu akan mewujudkan kematangan dan mutu pemikiran dan perkongsian pandangan dan idea secara kolektif. Melalui saluran pendidikan ini juga membentuk kepelbagaian cabang, saluran dan liku-liku pandangan terutamanya mahasiswa dalam mengupas dan membicarakan sesuatu perkara yang wujud dalam kehidupan terutama dalam dunia pendidikan. Namun begitu, situasi itu tidak boleh dianggap sebagai kerendahan dan kerosakan kepada peranan pendidikan, kerana melalui pendidikan itu mampu mewujudkan kematangan dan kepelbagaian pandangan yang akhirnya akan mewujudkan kepada suatu keadaan yang mampu membentuk resolusi secara kolektif.

Tidak mampu untuk menafikan kegongcangan dalam dunia pendidikan akibat beberapa isu sama ada isu akibat daripada dasar pendidikan, ketidakpuasan hati mahasiswa, perbezaan pandangan dan penyelesaian yang tidak menampakkan mutu dan kualiti untuk jangka masa panjang. Kepelbagaian isu yang membuatkan dunia pendidikan ini kadang-kadang dalam keadaan yang panas dan sangat kritikal bagi membincangkan sesuatu isu akibat daripada ketertinggian pendidikan itu sendiri. Melalui situasi inilah mampu untuk meningkatkan kematangan dan kebolehan elemen pendidikan itu untuk membentuk kepelbagaian ilmu, pengalaman, pengetahuan dan persepsi yang akhirnya akan menuju kepada titik-titik pertemuan bagi menjelaskan secara kolektif pelbagai ragam masam manis dunia pendidikan.

Akhir kalam, pemilik nukilan ini menyerukan kepada semua sahabat mahasiswa supaya menjadikan pendidikan ini sebagai wadah dalam menyampaikan pandangan, pendapat, kebolehan dan persepsi berdasarkan ketertinggian pendidikan itu sendiri. Marilah sama-sama kita menggunakan pendidikan untuk membentuk keperibadian, sahsiah, kematangan dalam menyampaikan pemikiran dan idealogi dalam dunia pendidikan. Pendidikan dan pemikran serta persepsi mahasiswa mengenai segala isu yang menghangatkan dunia pendidikan mestilah dibawa dan diperkatakan secara kolektif, bermakna tidak boleh merendah dan meninggikan hanya sebahagian daripadanya sahaja. Pendidikan dan mahasiswa mesti selari dalam menyampaikan idealogi dan pandangan supaya kebolehan, kematangan, ketertinggian mahasiswa dan kekukuhan mutu penyampaian untuk memperkatakan sesuatu sekurang-kurang mampu memberikan elemen positif walaupun dalam ruang lingkup yang kecil.

Sekian,
Terima kasih.
8/6/2013

4 comments:

  1. penulisan ini sebenarnya boleh menjadi ubat kepada jiwa sebagai pencari ilmu dan semangat dalam mendidik. IN SHA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pandangan dan komen anda..in shaa Allah.

      Delete
  2. Dah semakin bagus penulisan mawi. Saya sarankan mawi baca buku-buku hishamudin rais. Lihat bagaimana dia mengupas sesuatu isu itu dengan bahasa bersahaja tetapi masih mudah untuk difahami isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en kamarul... in shaa Allah... cuma menulis ini bukan mudah untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, memerlukan pembacaan, pemerhatian, ketenangan dan ketajaman pemikiran.. in shaa Allah, kalau ada kesempatan akan saya cari buku yang en sarankan...

      Delete