Sunday, 17 March 2013

ITU HARAPAN ITU PILIHAN

Bismilahirohmanirohim dan Assalamualaikum W.B.T.

Syukur kepada Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W, nikmat kehidupan yang diberikan sangat banyak sehinggakan tidak mampu untuk dibalas kepada Maha Esa. Pesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca nukilan ini, marilah sama-sama kita bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya dalam hati kita hanya ada satu, "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Taqwa dan iman hanya pada Yang Maha Esa dengan penuh yakin dengan seikhlasnya dalam diri dan hati sanubari kita.

Nikmat iman itu nikmat yang paling besar. Sebagai hambanya, kita diuji dan diberikan amanah untuk dipikul dan dilaksanakan dengan kemampuan diri yang ada. Jangan pernah tamak dalam memikul amanah dan tanggungjawab. Kalau tidak mampu, katakan tidak mampu, tidak perlu untuk memikul amanah jika diri sendiri ini sudah tidak berdaya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Amanah dan tanggunjawab perlu dipikul dengan kemampuan bukan kemegahan.

Betul!!! ada harapan yang diberikan kepada insan ini. Harapan dari teman dan sahabat. Namun, pilihan mesti dilakukan dengan penuh keinsafan. Jangan sampai ada kehinaan dan ketaksuban dalam memilih harapan dan melaksanakan harapan. Jika diri ini tidak mampu, buat apa tunggu lagi. Masa akan tiba, keadaan akan berubah. Tidak salah jika diri ini mahu meninggalkan apa yang ada. Ini hanyalah di dunia sahaja. Jangan ditamakkan, diagungkan dan dimegah-megahkan apa yang ada. Dosa dan pahala tetap dihitung.

Itu harapan, itu pilihan. Harapan cukup besar, pilihan sangat kritikal. Sahabat dan teman, insan ini sudah buat pilihan, semoga sahabat menerima pilihan itu. Pilihan yang mungkin akan mengecewakan ramai pihak (kalau mengikut andaian diri ini).

Maafkan insan ini sahabat, tidak mampu dan tidak terdaya hendak lakukan selebihnya.

Salam nukilan dan kemaafa buat semua.


No comments:

Post a Comment