Nik Asmawi Bin Hassan
Izinkan Ku Berkarya Untuk Kenangan dan Pedoman
Tuesday, 4 March 2014
Saturday, 8 June 2013
MAHASISWA DAN BERORGANISASI
Bismillahirohmanirohim & Assalamualaikum W.B.T.
Pemilik nukilan ini berpesan kepada diri sendiri dan sahabat pemilik nukilan, marilah bersama untuk beriman, beramal dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa. Selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah SWT dan pemimpin agung dunia.
Meletakkan diri dalam keadaan hati dan jiwa hanya kepada Allah SWT melalui amalan, tindakan, perbuatan dan percakapan dengan menjaganya supaya tidak melanggar prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan nilai-nilai Islam itu sendiri sebagai umat Islam.
Melalui sistem pendidikan yang telah dirangka dengan sebegitu rupa untuk diterjemah dan dilaksanakan oleh mahasiswa dan barisan pendidik dengan gaya dan cara yang tersusun, sistematik dan terbaik. Melalui sistem pendidikan mengajar mahasiswa untuk terlibat dan aktif dalam mana-mana organisasi, kelompok, kelab dan sekretariat untuk menimba ilmu pengetahun, pengalaman, pengajaran, menyampaikan pemikiran dan meningkatkan nilai tambah dalam diri. Pendidikan tidak mengajar mahasiswa untuk hanya mengejar keputusan akademik semata-mata tetapi mestilah merangkumkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik (kukurikulum).
Peranan mahasiswa dalam penglibatan mereka dalam berorganisasi sangat penting untuk menyampai idea, pemikiran, idealogi, pengalaman, pengetahun, menyelesaikan permasalahan dan keluar daripada kepompong atas kapasiti sebagai mahasiswa dalam kampus sahaja. Namun begitu, organisasi ini tidak mengajar mahasiswa untuk berkelakuan seperti seorang besar kepala, angkuh, sombong, gila kuasa, mendabik dada dengan sesuatu yang dilakukan tetapi ia memberikan pengajaran, pengalaman dan nilai tambah dalam jiwa dan hati mahasiswa untuk menjadi mahasiswa serba boleh.
Mahasiswa dalam organisasi tidak semestinya boleh melakukan sesuatu kehendak mereka sahaja sehingga melanggar ketertinggian pendidikan mereka itu sendiri dan merendahkan nilai-nilai murni. Mahasiswa mestilah bijak dan matang dalam bertindak untuk pergerakan organisasi. Mahasiswa mesti rasional dan matang tindakan organisasi mereka kerana mahasiswa dididik dan diasuh dengan ketertinggian dan kemuliaan pendidikan itu sendiri. Organisasi bukan menjadi peluang kepada mahasiswa untuk berkata "yes bos", memberikan arahan itu ini, menuding kesalahan kepada orang, bertindak di luar batasan moral dan kemasyarakatan, bertindak tidak adil jika mempunyai kuasa dan kedudukan, namun organisasi itu melatih mahasiswa untuk bersama dan bersatu hati dan jiwa untuk mencari titik persamaan dan meraikan titik perbezaan.
Mahasiswa dan organisasi ibarat diri dan bayang-bayang yang bergerak bersama dengan mengangkat peranan dan kepentingannya pendidikan melebihi kepentingan untuk mencari kepuasaan diri. Mahasiswa dan organisasi tidak boleh hanya bergerak dalam suatu kelompok kecil dan tertentu sahaja. Organisasi mestilah merangkumi keperluan dan kehendak mahasiswa dalam ruang dan limpahan kepentingan yang lebih luas dan menyeluruh. Organisasi tidak mengajar mahasiswa untuk berpuak-puak, menuding kesalahan dan kesilapan mutlak kepada orang lain, namun melalui organisasi mencarilah kebenaran, keadilan, kesaksamaan dan kemulian dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan berorganisasi sebagai suatu syarat untuk meninggikan keagungan diri dan menidakkan kepentingan bersama. Organisasi sebagai wadah pembentukan jiwa dan keperibadian diri.
Friday, 7 June 2013
MASAM MANIS DUNIA PENDIDIKAN : PANDANGAN SEORANG MAHASISWA
Bismillahirohmanirohim dan Assalamualaikum WBT.
Pemilik nukilan ini ingin mengajak semua sahabat pemilik nukilan supaya sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa dengan meletakkan asas iman dan amal kepada Allah SWT dalam sesuatu perkara yang dilakukan dalam kehidupan seorang hamba Allah SWT. Jangan lupa juga selawat ke atas jujungan agung Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung dan kekasih Allah SWT.
Pendidikan sangat penting dalam membentuk keperibadian, sahsiah, pengetahuan, pengalaman, didikan, dedikasi, amanah, tanggungjawab, kasih sayang, pertolongan, keadilan, kesaksamaan dan semua ruang lingkup yang merangkumi nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Pendidikan tidak boleh direndahkan melainkan perlu diangkat ketertinggian peranannya dalam sistem pendidikan dan kehidupan terutama sebagai anak bangsa dan bakal pendidik. Melalui pendidikan jugalah, ketertinggian martabat dan peranan seseorang mampu dilimpahkan dalam kehidupan bermasyarakat, namun perlulah diselitkan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada supaya rebakan implikasi pendidikan itu dapat dirasai secara sama rata. Pendidikan bukan sebagai suatu kebanggaan kepada sesiapa, tetapi jadikan pendidikan sebagai asas untuk membaiki kelemahan dan meningkatkan kemampuan diri dalam menghadapi dunia yang serba mungkin. Lantaran itu, liku-liku dunia pendidikan ini tidak boleh diketepikan daripada tempias akibat daripada perubahan pemikiran dan persepsi masyarakat terutama mahasiswa itu sendiri.
Pendidikan sebagai wadah kepada perubahan dan pencetus kepada agen-agen kebaikan, kekhilafan, kemaslahatan dan perbezaan pandangan yang diangkat sebagai suatu kebaikan dan diraikan sebagai suatu elemen masam manis dunia pendidikan. Hal ini demikian kerana, melalui perbezaan itu akan mewujudkan kematangan dan mutu pemikiran dan perkongsian pandangan dan idea secara kolektif. Melalui saluran pendidikan ini juga membentuk kepelbagaian cabang, saluran dan liku-liku pandangan terutamanya mahasiswa dalam mengupas dan membicarakan sesuatu perkara yang wujud dalam kehidupan terutama dalam dunia pendidikan. Namun begitu, situasi itu tidak boleh dianggap sebagai kerendahan dan kerosakan kepada peranan pendidikan, kerana melalui pendidikan itu mampu mewujudkan kematangan dan kepelbagaian pandangan yang akhirnya akan mewujudkan kepada suatu keadaan yang mampu membentuk resolusi secara kolektif.
Tidak mampu untuk menafikan kegongcangan dalam dunia pendidikan akibat beberapa isu sama ada isu akibat daripada dasar pendidikan, ketidakpuasan hati mahasiswa, perbezaan pandangan dan penyelesaian yang tidak menampakkan mutu dan kualiti untuk jangka masa panjang. Kepelbagaian isu yang membuatkan dunia pendidikan ini kadang-kadang dalam keadaan yang panas dan sangat kritikal bagi membincangkan sesuatu isu akibat daripada ketertinggian pendidikan itu sendiri. Melalui situasi inilah mampu untuk meningkatkan kematangan dan kebolehan elemen pendidikan itu untuk membentuk kepelbagaian ilmu, pengalaman, pengetahuan dan persepsi yang akhirnya akan menuju kepada titik-titik pertemuan bagi menjelaskan secara kolektif pelbagai ragam masam manis dunia pendidikan.
Akhir kalam, pemilik nukilan ini menyerukan kepada semua sahabat mahasiswa supaya menjadikan pendidikan ini sebagai wadah dalam menyampaikan pandangan, pendapat, kebolehan dan persepsi berdasarkan ketertinggian pendidikan itu sendiri. Marilah sama-sama kita menggunakan pendidikan untuk membentuk keperibadian, sahsiah, kematangan dalam menyampaikan pemikiran dan idealogi dalam dunia pendidikan. Pendidikan dan pemikran serta persepsi mahasiswa mengenai segala isu yang menghangatkan dunia pendidikan mestilah dibawa dan diperkatakan secara kolektif, bermakna tidak boleh merendah dan meninggikan hanya sebahagian daripadanya sahaja. Pendidikan dan mahasiswa mesti selari dalam menyampaikan idealogi dan pandangan supaya kebolehan, kematangan, ketertinggian mahasiswa dan kekukuhan mutu penyampaian untuk memperkatakan sesuatu sekurang-kurang mampu memberikan elemen positif walaupun dalam ruang lingkup yang kecil.
Sekian,
Terima kasih.
8/6/2013
Thursday, 9 May 2013
AMANAH & TANGGUNGJAWAB ATAU KEDUDUKAN & PANGKAT: PERHITUNGAN DOSA & PAHALA
Bismillahirohmanirohim dan Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan agung Nabi Muhammad SAW.
In shaa Allah, pemilik nukilan ini ingin berpesan kepada diri sendiri (pemilik nukilan ini) dan semua sahabat supaya sama-sama beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan sepenuh taqwa.
Ketika nukilan ini ditulis, pemilik nukilan ini masih lagi memegang amanah dan tanggungjawab sebagai EXCO AKADEMIK & KERJAYA dan bakal akan melepaskan jawatan ini pada 14/5/2013 bersempena dengan Mesyuarat Agung (AGM) Persatuan Geografi UPSI Kali Ke-12. Jika diikutkan kepada kedudukan dalam kepimpinan, Exco Akademik dan Kerjaya menjadi salah satu Exco Kanan (ini adalah pandangan pemilik nukilan sahaja). Sepanjang dua semester daripada Semester 3 Sesi 2012/2013 mula-mula pemilik nukilan ini memegang jawatan ini sehinggalah Semester 4 Sesi 2012/2013 yang akan berakhir tidak alam lagi, pemilik nukilan ini memohon maaf kepada semua aktivis Pergeo jika gagal untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Semoga apa sahaja yang dilakukan oleh pemilik nukilan ini dan saf kepimpinan dicatatkan sebagai amalan kebaikan.
Perhitungan di atas amanah dan tanggungjawab yang dipegang selama ini pasti ada daripada Allah SWT. Keagungan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung umat manusia sudah pasti tidak mampu untuk ditandingi oleh sesiapa sahaja. Ia juga seperti pemilik nukilan ini yang tidak mampu menandingi, tidak sehebat pemimpin agung Nabi Muhammad SAW. Namun, in shaa Allah, usaha dan ikhtiar untuk melakukan yang terbaik untuk semua tidak dilupakan untuk dilakukan.
Tempoh yang lama sebagai Exco Akademik & Kerjaya Persatuan Geografi UPSI Sesi 2012/2013 bukan suatu keagungan dan kemegahan, namun satu perhitungan dosa dan pahala bagi sesuatu amanah dan tanggungjawab. Ujian Allah SWT itu pasti ada sama ada kecil atau besar yang datang dalam pelbagai cara dan kaedah. Masa itu sangat berharga dan nescaya masa itu dimanfaatkan untuk Allah SWT dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga apa sahaja dilakukan dalam tempoh masa itu, dicatatkan sebagai amalan kebaikan dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Tanggal 14/5/2013 akan tiba dan pasti akan tiba. Kalau bercerita mengenai tanggal tersebut, bukan memikirkan mengenai kedudukan atau pangkat. Tetapi memikirkan persahabatan, persaudaraan, amanah dan tanggungjawab yang akan ada dan anugerah daripada Allah SWT. Pada tanggal itu juga maka akan berakhirlah amanah dan tanggungjawab pemilik nukilan ini sebagai Exco Akademik dan Kerjaya. Kembali menjadi insan yang tidak memiliki jawatan dan kedudukan dalam sebuah organisasi mungkin menjadi pilihan yang terbaik. Tanggal 14/5/2013 akan menyaksikan AGM Pergeo dan peletakkan jawatan saf kepimpinan Pergeo Sesi 2012/2013 dan berlaku pemilihan saf kepimpinan baru bagi saf kepimpinan Pergeo Sesi 2013/2014. Amanah dan tanggungjawab akan dipikul oleh mereka-mereka yang berkemampuan dan berkebolehan dengan metetakkan amanah dan tanggungjawab ini sebagai satu dugaan, tanda kasih sayang Allah SWT kepada hambanya dan ibadah kepada Allah SWT.
Saf kepimpinan Pergeo Sesi 2012/2013 akan meninggalkan legasi kepimpinan dan digantikan dengan saf kepimpinan yang baru. Tiada yang lama, maka tiada yang baru. Patah tumbuh, hilang berganti. Itulah adat dalam kepimpinan. Pasti akan berlaku perubahan dan penambahbaikan dalam sesuatu organisasi. Cuma pada tanggal tersebut semoga tiada yang mengejar kedudukan dan pangkat kerana takut mendapat kemurkaan dan kebencian orang Allah SWT. Biarlah ia datang dan pergi kerana Allah SWT. Segala ketentuan itu milik Allah SWT, cuma manusia perlu merancang dan keputusan perancangan itu milik Allah jua. Perancangan Allah lebih baik daripada perancangan mansusia.
Akhir kalam, pemilik nukilan ini memohon maaf dan ampun jika kegagalan dan kelemahan yang ada itu datang daripada diri pemilik ini sendiri. Semoga persahabatan, persaudaraan dan kekeluarga yang dibina selama ini akan kekal abadi dan berada dalam syafaat Allah SWT.
Wasalam.....
10/5/2013
Wednesday, 10 April 2013
MENDIDIK DENGAN ILMU & AMAL ATAU HIBURAN.. PENDIDIK MACAM MANA???
Bismillahirohmanirohim dan Assalamualaikum.
In shaa Allah, pemilik nukilan ini berpesan pada diri sendiri dan sahabat semua, mari sama-sama kita bertaqwa dan beriman kepada Allah SWT dan selawat ke junjungan agung Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, ramai di antara kita ditakdirkan untuk menjadi pendidik, sama ada pendidik kepada ahli keluarga atau anak bangsa. Mendidik dengan ilmu dan amal, bukan dengan hiburan.
Sebagai pendidik yang akan mencorakkan anak bangsa, amanah dan tanggungjawab yang dipikul itu sangat besar dan berat. Mendidik bukan suatu tugas yang mudah, tetapi dalam masa yang sama kesenangan itu pasti ada.
Mendidik dengan ilmu dan amal supaya anak bangsa yang dididik itu menjadi manusia yang mencintai ilmu untuk dunia dan akhirat. Kejayaan itu dengan ilmu dan amal. Kesenangan itu juga dengan ilmu dan amal. Kebahagiaan itu juga dengan ilmu dan amal. In shaa Allah, ikhlaskan hati untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu dan amal. Nescaya, pintu-pintu berkat akan ada dengan usaha dan doa yang dilakukan secara berterusan tanpa jemu.
Anak bangsa menjadi tanggungjawab bersama. Pendidik mempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar. Gagalnya pendidik itu, mampu merosakkan satu generasi anak bangsa. Kalumkan kasih sayang, pemahaman dan pengertian dalam mendidik. Jangan leka dengan hiburan dalam mendidik. Jangan leka dengan pujian dalam mendidik. Jangan leka dengan keagungan dalam mendidik.
Ingat... "Ilmu itu mesti didatangi, bukan mendatangi" yang bermaksud pencinta ilmu itu mesti mencari ilmui bukannya ilmu itu mencari pencinta ilmu.
In shaa Allah, ilmu yang kecil atau besar, itu semua milik Allah SWT, maka ia menjadi milik semua hambaNya. Pendidik sebarkan ilmu dan amal kebaikan untuk anak bangsa.
Salam Dunia Pendidik Semua.
Tuesday, 26 March 2013
TERIMA KASIH ATAS JASA UNTUK PARA PENDIDIK
Sekadar Nukilan Dari Insan Ini.
Maaf Jika Ada Kesilapan.
=)
Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pesanan pemilik nukilan ini kepada diri pemilik nukilan ini sendiri dan sahabat nukilan ini, marilah sama-sama kita beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sepenuh hati kita. Kita beriman dan bertaqwa hanya kepada Allah SWT. Jangan kita lupa juga selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, pemimpin agung dan kekasih Allah SWT.
Tatkala pemilik nukilan ini mencoretkan nukilan ini, pemilik nukilan ini adalah salah seorang individu yang berada dalam sesebuah organisasi yang diberikan amanah dan tanggungjawab yang bukan ringan tetapi setiap gerak kerja yang dilakukan itu akan dipersoalkan pada hari pembalasan kelak. Suka kira pemilik nukilan ini mahu maklumkan bahawa bukan cerita pemilik nukilan ini yang mahu dinukilkan dalam nukilan ini. Tiada cerita menarik mengenai pemilik nukilan ini.
Alhamdulillah. Mulakan dengan insan yang sentiasa menjadi penasihat dalam setiap gerak kerja dalam sebuah organisasi yang pemilik nukilan ini menjadi salah seorang pemegang amanahnya. Rasanya tidak perlu diperkenalkan siapa insan ini. Bukan mahu mengagungkan insan itu, namun ia sebagai suatu kenangan dan penghargaan. Orangnya berbadan sedikit gempal dan berkulit putih cuma bukan orang Barat. Ianya Melayu Islam. Tidak pernah ada marah dan kecewa dalam apa yang dilakukan oleh anak didiknya dalam organisasi. Jiwanya memahami dan mengerti erti pengorbanan dan kesusahan serta besarnya amanah dan tanggungjawab yang mesti dipikul. Orangnya cukup peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sentiasa mendengar dan tidak "over action" dalam membuat keputusan. Dirinya sentiasa mahu seiring dengan kehendak dan kesusahan anak didiknya. Walaupun dirinya perlu diberikan penghormatan lebih dari pemilik nukilan dan sahabat pemilik nukilan dalam organisasi yang sama, namun sifat kerendahan dirinya membuatkan tiada perbezaan antara pangkat dan kedudukan antara dirinya dan anak didiknya. Nescaya, itu lebih memudahkan segala urusan dan yang penting pasti ada nasihat dari tutur katanya supaya apa sahaja tindakan kita jangan lari dari landasan yang Allah telah tetapkan. Pemilik nukilan bukan mahu membodek tetapi inilah sedikit yang mampu pemilik nukilan ini mampu untuk kongsi dengan sahabat pemilik nukilan ini.
Siapakah yang pemilik nukilan ini maksudkan, biarlah ia terus rahsia. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Insan ini tidak pernah marah dan melenting dalam apa jua berlaku dalam organisasi yang dirinya menjadi nakhoda. Orang kecil dan kulitnya agak putih. Tuturnya lembut dan sopan. Bila bercakap semacam berbisik sahaja. Tidak marah dan tidak suka mengarah. Yang paling suka dirinya mengingatkan sahabat dalam organisasi yang sama termasuklah pemilik nukilan ini "kita dalam melakukan kerja, biarlah perlahan dan sedikit tapi kita buat hari-hari dan istiqamah". Pandainya mentarbiah organisasi semenangnya tidak ada bandingan dengan orang lain. Hadirnya 1 dalam 10 barangkali. Tugasnya besar, bukan sahaja tugas sebagai mahasiswa, tetapi tugas sebagai pemilik kepada amanah dan tanggungjawab yang akan disoal satu per satu pada hari pembalasan kelak. Masih terasa dan rugi kalau kehilangan mutiara kepimpinan ini. Walaupun orangnya kecil, tetapi aura karismanya cukup besar. Tidak mudah mengalah dan putus asa, namun sudah pasti kesedihan pasti ada. Air mata pasti membasahi pipi tatkala harapan dan harapan dipersia-siakan oleh sahabat yang tidak mengerti erti susah payah. Pemilik nukilan ini memohon maaf dan terima kerana berjaya mentarbiahkan organisasi ini dengan baik dan ikatan ukhwah antara kita semua sangat baik. Suka duka itulah kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Apex panggil sahabat nukilan ini kepada dirinya. Namun, apex yang dimaksudkan bukan Khairul Fahmi Che Mat pemain bola sepak itu. Namun, orang ini berbangsa Cina. Orangnya juga berbadan gempal dan berisi serta putih kulitnya. Mudah untuk bicara dan meminta pertolongan. Tidak mudah kekok untuk berkongsi ilmu. Dalam organisasi, dirinya pembantu kepada nakhoda yang kecil molek orangnya. Jika ada sebarang aktiviti, selain nakhoda, dirinya juga sibuk dengan memberikan idea dan penambahbaikkan dalam setiap aktiviti. Namun, gerak gerinya hanya perlahan, maksudnya pergerakannya melangkah. Kalau jalan seorang diri, jangan harap hendak tengok kanan dan kiri. Orangnya bukan pemalu, mungkin lembut perwatakannya.Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Dirinya lelaki. Sudah empat semester dalam organisasi itu. Cukup banyak bakti dan pengalamannya. Tatkala itulah, pemilik nukilan ini mengharapkan dirinya bakal menjadi nakhoda apabila nakhoda yang ada akan meninggalkannya. Orangnya mudah untuk bicara walaupun kadang-kadang perlu diingatkan selalu apa yang perlu dilakukan. Kopiah di kepala selalu ada. Alim orangnya. Baik dan bertubuh agak gempal juga. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Orang ini ada orang cakap "pelik dan ganas sedikit". Pelik kenapa, pemilik nukilan ini tidak pasti. Cuma kalau ganas itu ada la. Geraknya laju dan cepat. Orangnya tinggi dan berisi badannya. Tanggungjawabnya juga cukup besar. Kalau hal menaip dan surat menyurat itu, itulah tugasnya. Surat itu, surat ini. Semua surat bagi dekat insan ini sahaja. Suka membuli juga orang, namun bukan pembuli sejati. Kalau bercakap, tangannya tidak boleh duduk diam, ada sahaja pergerakan yang hendak dibuatnya. Entah kenapa pun pemilik nukilan ini tidak pasti. Mungkin untuk hilangkan gemuruh. Pemilik nukilan ini ada membaca salah satu cara untuk hilang gemuruh semasa bercakap adalah gerakkan tangan. Namun, itu bukan satu masalah, yang penting orangnya juga putih dan berjerawat di muka. Mungkin tidak bersolek agaknya. Mungkin mahu kelihatan "natural beauty". Apa-apa pun, warna kesukaannya "unggu". Itu pasti sahaja. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Orang ini pembantu kepada orang yang pelik dan ganas sedikit. Selalu sengeh sahaja hendaknya. Percakapan loghat terengganu akan kedengaran apabila bercakap. Mudah dibawa berbual dan boleh bergurau. Kacau dirinya pun mudah kerana pasti insan ini tidak akan marah. Tugasnya dalam oragnisasi pun hampir sama, bab surat menyurat itu, urusan insan ini juga. Cuma kalau surat cinta tidak pasti sama ada kepakarannya atau tidak.Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Orang ini suka sangat bab wang dan kewangan. Cuma bukan duit dirinya yang menjadi amanah untuk dipegang dan disimpan serta dipergunakan sebaik mungkin. Orang kecil sahaja cuma agak tinggi la juga. Senyumannya manis dan menawan. Percakapannya sopan dan lembut cuma tidak mampu menanding kelembutan percakapan nakhoda dalam oragnisasi itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti memuaskan hati semua pihak. Setakat ini tidak ada lagi kesilapan yang dilakukan dan ini pasti hasil nasihat dan tunjuk ajar daripada nakhoda yang bagus. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Paling akhir dalam nukilan kali ini mengenai pembantu kepada orang yang memegang wang. Orang sedikit "gempal" namun elok mukanya. Kalau bercakap macam nak menangis sahaja dirinya. Tidak tahu kenapa, mungkin ada kesilapan yang dilakukan ataupun risau jika ada yang tidak berpuas hati dengan kerjanya. Pemilik nukilan ini yakin, diri ini bakal terus menjadi salah seorang pemimpin dalam organisasi itu pada suatu hari nanti. Bakat kepimpinannya ada, jadi janganlah dipersia-siakan. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.
Sekadar itu sahaj untuk setakat ini. Insan yang lain, tunggu sambung dalam sambungan nukilan yang lain.
Maaf dipinta kepada semua yang terlibat.
Ini sekadar ikhlas daripada pemilik nukilan ini.
Thursday, 21 March 2013
KISAH SAHABAT DALAM SUKA DUKA UNTUK ILMU
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dedikasikan semula kisah perjalanan yang cukup liku dan dugaan dalam menyelesaikan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Liku dan dugaan itu bukannya berjalan di deretan duri atau paku. Liku dan dugaan itu berlandaskan kepada masa yang memerlukan penyelesaian sesuatu itu dalam masa yang cukup singkat. Kita bermula dengan penuh yakin, kita merancang segalanya, namun kita yakin perancangan Allah itu lebih sempurna, nyata ia memang begitu.
Mesti kita ingat perancangan asal menuju ke medan ilmu di SMK KUALA KUBU BARU. Segala persiapan sudah dilakukan dalam masa yang cukup singat. Sahabat masih ingat, memerlukan perjalanan masa hampir sejam menuju liku jalan, onak duri, bahaya dengan jentera di atas jalan raya tidak pernah mengenal erti maut dan bencana. Menyusuri jalan lama yang sedikit tidak lurus, sudah berlopak dan dihidangi dengan teriknya pancaran cahaya matahari. Penuh harapan dan impian diletakkan di atas insan bernama mahasiswa agar nota kata dan secebis surat pengenalan itu diterima dan difahami dengan sekali kata. Permulaan awalnya semua berjalan dengan baik. Penerima secebis surat memahami dan mengerti kehendak isi hati sahabat bersama sahabat mahasiswa. Ku titipkan ucapan terima kasih. Namun, kisahnya tidak mudah terhenti di situ. Kisahnya bermula lagi dan lagi. Tatkala masa itu untuk rehat, aku sekali lagi menyusuri onak jalan yang sama, berjumpa dengan penerima secebis surat orang yang berbeza. Urusannya juga cukup mudah. Terima dan sampaikan.
Tatkala masa yang ditunggu belum kunjung tiba, penantian terus menjadi penantian. Sahabat mahasiswa terus gelisah dan gundar dengan keadaan yang mengerja masa dan komitmen. Hati menjadi tidak menentu, hairan dan takut dengan masa. Benarlah masa itu perlu dimanfaat dengan baik. Masa tidak pernah memerlukan kita, namun kita yang memerlukan masa. Tatkala telefon ini dijawab, debaran dan dugaan belum redha, malahan ia bertambah dan bertambah. Banyak sungguh tanda kasih dan sayang Maha Esa kepada sahabat dan sahabat mahasiswa. Ku titipkan harapan pada insan bergelar seorang pendidik dengan harapan isi hati ini dipenuhi oleh sang pendidik. Mungkin terfikir, hati sang pendidik dengan bakal sang pendidik akan sama???.. Tidak seperti itu. Harapan sudah tinggal harapan.
Ku titipkan nota kata kepada sahabat mahasiswa supaya mereka mengerti dan memahami suasana yang berlaku. Mereka terkedu dan saling melihat ke wajah suci, mengharapkan ada cara dan ilham penyelesaian. Harapan terus tinggi diletakkan. Insan hadir cuba memberikan jawapan dalam segala kekalutan dan kesulitan. Jawapan oh jawapan!!!! Bukan mudah mencari. Bukan mudah mengerti isi hati ini.
Malam mula menjelma, masa mula lalu dengan pantas tanpa mengerti sudah ditinggali. Ku dakap harapan dan impian. Ku tatap idea dan ilham. Sahabat mahasiswa terus membantu dan memberi ilham. Ku kusut dan resah. Ku titipkan pesan singkat kepada sang pendidik, Yang Maha Esa mengertiku dan sahabat mahasiswa ketika itu. Ku lega sehingga terlompat macam katak melompat. Bukan ku katak, namun gelagat melompat seperti katak yang sedang berjalan. Ku dedikasi ia sebagai kesukaan dan kegembiraan. Ku titipkan harapan pada sahabat mahasiswa, tiba-tiba nama SMK Jengka 16 wujud dalam diari hidupku. Sahabat mahasiswa itu ilham dan itu cara selesaikan. Kamu bagus, kamu bijak dan kamu baik sahabat mahasiswa. Ku titipkan harapan lagi. Sahabat mahasiswa bertindak cepat, secepat angin bertiup. Akhirnya, hati sang pendidik memahami hati bakal pendidik.
Langkah demi langkah bergerak dari Stesen Keretapi TM ke Plaza Rakyat. Ku lihat manusia dan sahabat mahasiswa penuh semangat dan harapan. Ku simpan rasa penat dan keletihan, ku tatapkan rasa ceria dan gembira. Di situ bermula kisah tidak mengerti dan keliru. Kemana dan dimana??? Semua terpingga mencari arah dan jalan yang satu. Ku lihat manusia dari mana hendak ke mana. Macam-macam ragam dan cara ada di sana. Ku sedih dan seksa ku lihat. Ku endahkan apa yang jadi. Ku langkah dan langkah. Tujuanku hanya satu, tunaikan amanah dan tanggungjawab. Masa semakin singkat, pelbagai kisah suka duk sebelum sampai kea Jengka 16. Sahabat pemandu arah tiba-tiba diuji dengan akal dan fikiran yang tiba-tiba menjadi pendek dan tidak tentu arah. Ku risau dan pasrah dengan apa yang bakal berlaku. Ku fikir, mengapa sahabatku bengini???? Sudah hilangkah harapan dan cabarannya. Namun, ku silap, sahabatku hebat dan tenang. Masih mampu ketawa dan cerita kelakar masih ada.
Sesudah masa dan arah kami temui dan lantai rumah kampung kami pijak, tergambar inilah kehidupan yang seterusnya. Kisah seterusnya tidak perlu dikisahkan dengan kata... Inilah ceritanya....
Sunday, 17 March 2013
ITU HARAPAN ITU PILIHAN
Bismilahirohmanirohim dan Assalamualaikum W.B.T.
Syukur kepada Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W, nikmat kehidupan yang diberikan sangat banyak sehinggakan tidak mampu untuk dibalas kepada Maha Esa. Pesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca nukilan ini, marilah sama-sama kita bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya dalam hati kita hanya ada satu, "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Taqwa dan iman hanya pada Yang Maha Esa dengan penuh yakin dengan seikhlasnya dalam diri dan hati sanubari kita.
Nikmat iman itu nikmat yang paling besar. Sebagai hambanya, kita diuji dan diberikan amanah untuk dipikul dan dilaksanakan dengan kemampuan diri yang ada. Jangan pernah tamak dalam memikul amanah dan tanggungjawab. Kalau tidak mampu, katakan tidak mampu, tidak perlu untuk memikul amanah jika diri sendiri ini sudah tidak berdaya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Amanah dan tanggunjawab perlu dipikul dengan kemampuan bukan kemegahan.
Betul!!! ada harapan yang diberikan kepada insan ini. Harapan dari teman dan sahabat. Namun, pilihan mesti dilakukan dengan penuh keinsafan. Jangan sampai ada kehinaan dan ketaksuban dalam memilih harapan dan melaksanakan harapan. Jika diri ini tidak mampu, buat apa tunggu lagi. Masa akan tiba, keadaan akan berubah. Tidak salah jika diri ini mahu meninggalkan apa yang ada. Ini hanyalah di dunia sahaja. Jangan ditamakkan, diagungkan dan dimegah-megahkan apa yang ada. Dosa dan pahala tetap dihitung.
Itu harapan, itu pilihan. Harapan cukup besar, pilihan sangat kritikal. Sahabat dan teman, insan ini sudah buat pilihan, semoga sahabat menerima pilihan itu. Pilihan yang mungkin akan mengecewakan ramai pihak (kalau mengikut andaian diri ini).
Maafkan insan ini sahabat, tidak mampu dan tidak terdaya hendak lakukan selebihnya.
Salam nukilan dan kemaafa buat semua.
Saturday, 16 March 2013
AKU ADALAH AKU.....
Bismillahirohmanirohim & Assalamualaikum W.B.T.
Syukur kepada Allah SWT dan selawat ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W. kerana masih mampu menikmati hidup sebagai seorang hamba kepada Pencipta. In shaa Allah. Pesan pada diri sendiri dan sesiapa yang membaca ruangan blog ini, marilah sama-sama kita dengan penuh yakin untuk bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T kerana "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Suka kira diingatkan lagi, marilah sama-sama melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T. In shaa Allah, kita yakin dan mahu "hidup dalam Islam, dan mati dalam Islam".
Kita aku sudah masuk tahun 2 pengajian di sebuah institut pengajian tinggi yang sudah melahirkan ramai pendidik agung negara walaupun tidak sesempurna Nabi Muhammad S.A.W iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tahun ke 2 di UPSI dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian bukan untuk kebanggaan pada diri, namun syukur kepada Allah S.W.T kerana rezeki itu tetap ada. Rezeki bukan sahaja wang, namun keputusan "1st Class" tiga semester berturut-turut itu juga rezeki daripada Allah S.W.T.
Tiada apa yang mampu aku menyingkap kisah hidup selama 2 tahun sudah di UPSI, aku bukan seorang penulis. Bicaraku selalu hilang ditelan kejahilan ilmu dalam diri. Aku adalah Aku. Begini untuk selamanya??? Bukan aku tidak mahu mencorak kisah yang lebih baik, hati tetap mahu menjadi yang baik dalam kalangan yang baik. Namun, perancangan Allah S.W.T itu lebih baik dan melebihi kemampuan insanNya.
Cukup di sini, aku buntu dan keliru. Antara mana satu yang mesti aku pilih sama ada terus berkhidmat menabur bakti dengan Persatuan Geografi yang mana aku adalah salah seorang aktivis Geografi dalam persatuan itu??? atau aku melepaskan sahaja tanggungjawab yang ada kepada orang lain dengan menjadi insan yang tanpa apa-apa jawatan??? Ya Allah, aku bukan gila dan tamak kuasa dan jawatan. Ampunkan aku dan mudahkan pilihanku.
Ya Allah, aku adalah aku iaitu hambaMu. Engkau Maha Mengetahui yang mana lebih baik kepada hambaMu ini.
Ya Allah, kuatkan imanku, kukuhkan jati diriku.
Ya Allah, sampaikan doa ku kepada keluargaku sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal.
Ya Allah, terima kasih... terima kasih.... terima kasih...
Friday, 15 March 2013
15-03-2013 (Jam 04:22 P.M.)
Alhamdulillah.... syukur kepada Allah SWT, pada hari Rabu (13-03-2013) bertempat di Gelanggang Futsal Hurricane di Tanjong Malim, kami pelajar ISMP Geografi bersama Staff Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Geografi 2013.
Kehadiran pensyarah terutamanya Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Prof Dr Zainudin Othman, Ketua Jabatan Geografi dan Alam Sekitar Dr Mazdi Marzuki, Penasihat Persatuan Geografi En Kamarul Ismail, penaja utama Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Dr Yazid Salleh, En Aizat, En Faiz dan mahasiswa ISMP Geografi semester 8, 6, 4 dan 2 sebagai tanda sokongan bahawa aktiviti merupakan satu permulaan yang tiada akhirnya dalam ikatan ukhawah bersama.
Kemenangan bukan satu ukuran, namun kerjasama, persefahaman dan ikatan persaudaraan itu lebih penting daripada segala-galanya. Datang dengan niat bersama demi suatu ikatan, pulang satu kepuasan yang tidak boleh dilupakan.
Tahniah kepada semua.... Kita buat lagi lain masa dan waktu...
Barisan Staff : Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri, En Aizat, En Faiz dan senior sem 8.
JUARA = Semester 4
Bersama En Kamarul dan Abg Amirul.
Baju Putih - Dekan FSK Prof Dr Zainudin Othman
Baju Hitam - Dr Yazid Salleh
Mereka datang sebagai tanda sokongan dan memeriahkan keadaan.
Senyuman menawan KJ Dr Mazdi Marzuki..huhuhuuu
Subscribe to:
Comments (Atom)






