Tuesday, 26 March 2013

TERIMA KASIH ATAS JASA UNTUK PARA PENDIDIK

Sekadar Nukilan Dari Insan Ini.
Maaf Jika Ada Kesilapan.
=)
Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pesanan pemilik nukilan ini kepada diri pemilik nukilan ini sendiri dan sahabat nukilan ini, marilah sama-sama kita beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sepenuh hati kita. Kita beriman dan bertaqwa hanya kepada Allah SWT. Jangan kita lupa juga selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, pemimpin agung dan kekasih Allah SWT.

Tatkala pemilik nukilan ini mencoretkan nukilan ini, pemilik nukilan ini adalah salah seorang individu yang berada dalam sesebuah organisasi yang diberikan amanah dan tanggungjawab yang bukan ringan tetapi setiap gerak kerja yang dilakukan itu akan dipersoalkan pada hari pembalasan kelak. Suka kira pemilik nukilan ini mahu maklumkan bahawa bukan cerita pemilik nukilan ini yang mahu dinukilkan dalam nukilan ini. Tiada cerita menarik mengenai pemilik nukilan ini.

Alhamdulillah. Mulakan dengan insan yang sentiasa menjadi penasihat dalam setiap gerak kerja dalam sebuah organisasi yang pemilik nukilan ini menjadi salah seorang pemegang amanahnya. Rasanya tidak  perlu diperkenalkan siapa insan ini. Bukan mahu mengagungkan insan itu, namun ia sebagai suatu kenangan dan penghargaan. Orangnya berbadan sedikit gempal dan berkulit putih cuma bukan orang Barat. Ianya Melayu Islam. Tidak pernah ada marah dan kecewa dalam apa yang dilakukan oleh anak didiknya dalam organisasi. Jiwanya memahami dan mengerti erti pengorbanan dan kesusahan serta besarnya amanah dan tanggungjawab yang mesti dipikul. Orangnya cukup peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sentiasa mendengar dan tidak "over action" dalam membuat keputusan. Dirinya sentiasa mahu seiring dengan kehendak dan kesusahan anak didiknya. Walaupun dirinya perlu diberikan penghormatan lebih dari pemilik nukilan dan sahabat pemilik nukilan dalam organisasi yang sama, namun sifat kerendahan dirinya membuatkan tiada perbezaan antara pangkat dan kedudukan antara dirinya dan anak didiknya. Nescaya, itu lebih memudahkan segala urusan dan yang penting pasti ada nasihat dari tutur katanya supaya apa sahaja tindakan kita jangan lari dari landasan yang Allah telah tetapkan. Pemilik nukilan bukan mahu membodek tetapi inilah sedikit yang mampu pemilik nukilan ini mampu untuk kongsi dengan sahabat pemilik nukilan ini.
Siapakah yang pemilik nukilan ini maksudkan, biarlah ia terus rahsia. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.

Insan ini tidak pernah marah dan melenting dalam apa jua berlaku dalam organisasi yang dirinya menjadi nakhoda. Orang kecil dan kulitnya agak putih. Tuturnya lembut dan sopan. Bila bercakap semacam berbisik sahaja. Tidak marah dan tidak suka mengarah. Yang paling suka dirinya mengingatkan sahabat dalam organisasi yang sama termasuklah pemilik nukilan ini "kita dalam melakukan kerja, biarlah perlahan dan sedikit tapi kita buat hari-hari dan istiqamah". Pandainya mentarbiah organisasi semenangnya tidak ada bandingan dengan orang lain. Hadirnya 1 dalam 10 barangkali. Tugasnya besar, bukan sahaja tugas sebagai mahasiswa, tetapi tugas sebagai pemilik kepada amanah dan tanggungjawab yang akan disoal satu per satu pada hari pembalasan kelak. Masih terasa dan rugi kalau kehilangan mutiara  kepimpinan ini. Walaupun orangnya kecil, tetapi aura karismanya cukup besar. Tidak mudah mengalah dan putus asa, namun sudah pasti kesedihan pasti ada. Air mata pasti membasahi pipi tatkala harapan dan harapan dipersia-siakan oleh sahabat yang tidak mengerti erti susah payah. Pemilik nukilan ini memohon maaf dan terima kerana berjaya mentarbiahkan organisasi ini dengan baik dan ikatan ukhwah antara kita semua sangat baik. Suka duka itulah kenangan yang akan diingati sampai bila-bila. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.

Apex panggil sahabat nukilan ini kepada dirinya. Namun, apex yang dimaksudkan bukan Khairul Fahmi Che Mat pemain bola sepak itu. Namun, orang ini berbangsa Cina. Orangnya juga berbadan gempal dan berisi serta putih kulitnya. Mudah untuk bicara dan meminta pertolongan. Tidak mudah kekok untuk berkongsi ilmu. Dalam organisasi, dirinya pembantu kepada nakhoda yang kecil molek orangnya. Jika ada sebarang aktiviti, selain nakhoda, dirinya juga sibuk dengan memberikan idea dan penambahbaikkan dalam setiap aktiviti. Namun, gerak gerinya hanya perlahan, maksudnya pergerakannya melangkah. Kalau jalan seorang diri, jangan harap hendak tengok kanan dan kiri. Orangnya bukan pemalu, mungkin lembut perwatakannya.Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini. 

Dirinya lelaki. Sudah empat semester dalam organisasi itu. Cukup banyak bakti dan pengalamannya. Tatkala itulah, pemilik nukilan ini mengharapkan dirinya bakal menjadi nakhoda apabila nakhoda yang ada akan meninggalkannya. Orangnya mudah untuk bicara walaupun kadang-kadang perlu diingatkan selalu apa yang perlu dilakukan. Kopiah di kepala selalu ada. Alim orangnya. Baik dan bertubuh agak gempal juga. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.

Orang ini ada orang cakap "pelik dan ganas sedikit". Pelik kenapa, pemilik nukilan ini tidak pasti. Cuma kalau ganas itu ada la. Geraknya laju dan cepat. Orangnya tinggi dan berisi badannya. Tanggungjawabnya juga cukup besar. Kalau hal menaip dan surat menyurat itu, itulah tugasnya. Surat itu, surat ini. Semua surat bagi dekat insan ini sahaja. Suka membuli juga orang, namun bukan pembuli sejati. Kalau bercakap, tangannya tidak boleh duduk diam, ada sahaja pergerakan yang hendak dibuatnya. Entah kenapa pun pemilik nukilan ini tidak pasti. Mungkin untuk hilangkan gemuruh. Pemilik nukilan ini ada membaca salah satu cara untuk hilang gemuruh semasa bercakap adalah gerakkan tangan. Namun, itu bukan satu masalah, yang penting orangnya juga putih dan berjerawat di muka. Mungkin tidak bersolek agaknya. Mungkin mahu kelihatan "natural beauty". Apa-apa pun, warna kesukaannya "unggu". Itu pasti sahaja. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.

Orang ini pembantu kepada orang yang pelik dan ganas sedikit. Selalu sengeh sahaja hendaknya. Percakapan loghat terengganu akan kedengaran apabila bercakap. Mudah dibawa berbual dan boleh bergurau. Kacau dirinya pun mudah kerana pasti insan ini tidak akan marah. Tugasnya dalam oragnisasi pun hampir sama, bab surat menyurat itu, urusan insan ini juga. Cuma kalau surat cinta tidak pasti sama ada kepakarannya atau tidak.Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini. 

Orang ini suka sangat bab wang dan kewangan. Cuma bukan duit dirinya yang menjadi amanah untuk dipegang dan disimpan serta dipergunakan sebaik mungkin. Orang kecil sahaja cuma agak tinggi la juga. Senyumannya manis dan menawan. Percakapannya sopan dan lembut cuma tidak mampu menanding kelembutan percakapan nakhoda dalam oragnisasi itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti memuaskan hati semua pihak. Setakat ini tidak ada lagi kesilapan yang dilakukan dan ini pasti hasil nasihat dan tunjuk ajar daripada nakhoda yang bagus. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.

Paling akhir dalam nukilan kali ini mengenai pembantu kepada orang yang memegang wang. Orang sedikit "gempal" namun elok mukanya. Kalau bercakap macam nak menangis sahaja dirinya. Tidak tahu kenapa, mungkin ada kesilapan yang dilakukan ataupun risau jika ada yang tidak berpuas hati dengan kerjanya. Pemilik nukilan ini yakin, diri ini bakal terus menjadi salah seorang pemimpin dalam organisasi itu pada suatu hari nanti. Bakat kepimpinannya ada, jadi janganlah dipersia-siakan. Terima kasih dan tahniah di atas amanah dan tanggungjawab insan ini.

Sekadar itu sahaj untuk setakat ini. Insan yang lain, tunggu sambung dalam sambungan nukilan yang lain.
Maaf dipinta kepada semua yang terlibat.
Ini sekadar ikhlas daripada pemilik nukilan ini.

5 comments:

  1. hahaha.... macam2 la budak ni....

    ReplyDelete
  2. tanggungjawab. tanggung di dunia, jawab di akhirat.
    teruskan usaha mawi ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang takut kak... bila ada amanah dan tanggungjawab sudah macam pikul dosa dan pahala.. kalau buat dengan buat dan daoat redha Allah, dapat pahala, kalau tak.. nauzubillah...

      Delete